Petrokimia | Sarawak bakal teroka pengeluaran komposit pembuatan pesawat

2022-09-22 0

Pembangunan Loji Metanol Petchem (Pet-Kem) Sarawak di Tanjung Kidurong akan mengukuhkan aspirasi kerajaan negeri untuk mewujudkan hab petrokimia khususnya di Bintulu.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun openg berkata antara bidang baharu yang boleh diterokai termasuk pengeluaran komposit dalam pembuatan pesawat.

Sekaligus menarik minat pihak berkepentingan dalam Aeroangkasa untuk melabur dan mengeluarkan komponen pesawat daripada Sarawak.